PUTRAJAYA: Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier, yang sedang dalam rangka lawatan negara ke Malaysia, bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada Jumaat bagi membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jerman.
Steinmeier yang tiba di Malaysia bagi memulakan lawatan negara selama tiga hari itu semalam, disambut Anwar sejurus tiba di Perdana Putra, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, pada kira-kira 5.15 petang.
Presiden Jerman itu menandatangani Buku Tetamu di aras satu bangunan berkenaan, sebelum ke aras lima yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri bagi mengadakan pertemuan empat mata bersama Anwar.
Antara yang turut hadir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Duta Besar Jerman di Malaysia, Dr Peter Blomeyer.
Lawatan negara Steinmeier itu sebagai sebahagian usaha berterusan mengukuhkan hubungan erat sedia, ada antara Malaysia dan Jerman.
Kementerian Luar menerusi satu kenyataan semalam menyatakan, lawatan Steinmeier itu akan memberikan peluang terbaik kepada Malaysia dan Jerman, untuk mengukuhkan lagi hubungan baik serta kerjasama pelbagai bidang antara kedua negara.
Lawatan negara terakhir melibatkan Presiden Jerman ke Malaysia ialah 26 tahun lepas iaitu pada April 1997.
Jerman merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU). Pada 2022, nilai perdagangan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 10.9 peratus berjumlah RM59.87 bilion berbanding RM53.99 bilion (AS$13.03 bilion) pada 2021.
Terdahulu, Steinmeierhari hari ini diberikan sambutan negara di pekarangan Parlimen di Kuala Lumpur.
Steinmeier hari ini turut dijadual mengadakan kunjungan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara serta diraikan dalam majlis santapan negara.
- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2023
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Gambar BERNAMA
AWANI Ringkas: Kuala Lumpur komited pupuk hubungan demi kemakmuran bersama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan terus komited pupuk hubungan dengan negara China
Kerajaan akan terus komited memupuk hubungan Malaysia-China demi kemakmuran rakyat dan masyarakat serantau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat berkata, beliau juga tidak sabar menunggu lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia semasa bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 hubungan Malaysia-cChina.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat berkata, beliau juga tidak sabar menunggu lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia semasa bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 hubungan Malaysia-cChina.
[INFOGRAFIK] Hubungan Diplomatik Malaysia-China
Berikut adalah info berkenaan dengan hubungan diplomatik Malaysia-China.
Zoo Melaka sasar 5,000 pengunjung sempena program MBLM esok
Zoo Melaka menyasarkan kemasukan kira-kira 5,000 pengunjung sempena pelaksanaan Program Melaka Bila Larut Malam (MBLM) bermula esok, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin
Malaysia-China komited terus kukuhkan hubungan diplomatik
Pertemuan itu sempena lawatan rasmi beliau yang pertama ke republik berkenaan bermula 22 Mei hingga esok.
Penyakit mulut bakal diberi keutamaan, dimasukkan dalam agenda NCD global
Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke dalam agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baharu.
Kerajaan tekad nokhtahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.96 mata kepada 1,609.22 daripada 1,604.26 semalam.
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang rendah terhadap mata wang AS itu.
Rapid Rail lakar sejarah, rekod sejuta pengguna dalam sehari
Jumlah itu adalah yang paling tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.
Presiden Jerman bertemu PM Anwar di Putrajaya
Steinmeier disambut oleh Anwar sejurus tiba di Perdana Putra pada kira-kira pukul 5.15 petang.
Presiden Jerman diberi sambutan negara di Dataran Parlimen
Ketibaan Frank-Walter Steinmeier dan isteri di Parlimen disambut Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Presiden Jerman tiba untuk lawatan negara tiga hari ke Malaysia
Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan negara ke Malaysia sehingga Sabtu ini.
Presiden Jerman adakan Lawatan Negara ke Malaysia bermula hari ini
Ia sebagai sebahagian usaha berterusan mengukuhkan hubungan erat sedia ada antara Malaysia dan Jerman.
Presiden Jerman terkejut dengan insiden tembakan di Munich
Presiden Jerman Joachim Gauck berkata beliau terkejut dengan insiden tembakan di Munich yang menyebabkan sekurang-kurangnya 10 individu maut.